Thursday, January 13, 2011

Peringkat perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak mengikut teori Viktor Lowenfeld

Peringkat Skematik (7-9 tahun)

Mengikut Viktor Lowenfeld, peringkat skematik diambil dari perkatan skema yang bermaksud sebagai suatu konsep dan ianya diulang-ulang. Pengunaan simbol didalam lukisan kanak-kanak merupakan suatu konsep yang dibuat oleh kanak-kanak tetapi sifatnya tidak tekal. Ianya akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Simbol-simbol juga merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan mereka rasai (emosi) serta keupayaan kinestatik mereka.

Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. Dimana lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain. Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia, digambarkan secara berlebihan (exegeration). Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar satah di mana semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis tersebut. Dan lukisan mereka juga banyak kelihatan bersifat hiasan (dekoratif).

Saya telah mengumpulkan karya murid-murid mengikut tahap skematik ini ketika melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Taman Segar. Antara karya murid-murid yang saya dapat kumpulkan terdiri dari tahap 1, berumur 8 dan 9 tahun. Antaranya ialah karya adik Glenys Lam Xin Yu, berumur 8 tahun, bidang mengambar dan teknik lukisan. Berdasarkan lukisan adik Glenys ini, ciri-ciri yang dapat dilihat ialah dari segi penggunaan garisan didalam lukisannnya. Garisan yang digunakan ialah garisan halus dan garisan yang mudah dibentuk. Manakala pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Adik Glenys juga mahir mencampurkan warna pastel bagi menghasilkan ton warna cerah dan gelap. Pengunaan ruang pula merupakan ruang yang mendatar dimana kesemua gambar melalui satu garis satah semua objek dilukis didalam lingkungan garisan tersebut. Lukisan adik Glenys menunjukkan suasana riang dimana terdapat ojek seperti hadiah dan kek dilukis yang menunjukkan situasi ketika majlis harijadi yang disambut di kelas dan diraikan oleh rakan-rakan dan guru. Adik Glenys juga mengunakan simbol bunga dan melukis muka rakan-rakannya didalam bunga tersebut yang menunjukkan dia sangat menyayangi rakan-rakan tersebut. Malah diluar kawasan lukisan dilukis bingkai berbentuk hati yang menunjukkan konsep kasih sayang antara Glenys dan rakan-rakannya. Bagi menghasilkan lukisan ini, adik Glenys melukis di atas kertas lukisan dan mengunakan media kering iaitu oil pastel.

Karya yang seterusnya ialah lukisan adik Esther Lim Jia Wei, berumur 9 tahun bidang mengambar dan teknik lukisan. Adik Esther mengunakan garisan mudah dan halus bagi menghasilkan rupa dan bentuk objek didalam lukisannya. Dia juga mengunakan garisan condong bagi menghasilkan rupa pelangi. Penggunaan warna pula terdapat warna panas dan warna sejuk. Adik Esther juga mencampurkan warna bagi menghasilkan ton. Pengunaan ruang pula merupakan ruang yang mendatar dimana kesemua gambar melalui satu garis satah semua objek dilukis didalam lingkungan garisan tersebut. Dan adik Esther mengunakan warna cerah bagi menunjukkan ruang hadapan, dan warna gelap bagi bahagian ruang dibelakang. Adik Esther menceritakan suasana riang didalam karyanya bersama-sama ibunya ketika di taman bunga. Kehadiran pelangi yang berwarna-warni didalam lukisannya juga mungkin menunjukkan perasaannya yang gembira ketika situasi berkenaan. Pengunaan figura manusia yang tidak secara berlebihan dan menunjukkan saiz perbezaan manusia yang normal didalam karya adik Esther menunjukkan tahap perkembangan yang baik. Adik Esther juga mengunakan oil pastel didalam karyanya.

Berikutnya pula ialah adik Lai Rui Xe berumur 9 tahun bidang mengambar dan teknik lukisan. Adik Lai juga menggunakan garisan yang mudah dan halus bagi menghasilkan bentuk objek didalam lukisannnya. Serta garisan yang membentuk bunga matahari menimbulkan tumpuan. Garisan yang digunakan juga menghasilkan rupa organik. Manakala pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Adik Lai juga mahir mencampurkan warna pastel bagi menghasilkan ton warna cerah dan gelap. Ruang yang ditunjukkan didalam karya adik Lai merupakan ruang mendatar. Ton warna yang digunakan iaitu dari cerah ke gelap menimbulkan gambaran menjunam ke dalam. Adik Lai menghasilkan karya yang menonjolkan dirinya dan rakan baiknya bertukar-tukar hadiah dan sedang berada di atas pentas dimana dia dan rakannya menjadi tumpuan ketika situasi tersebut. Adik Lai juga mengunakan oil pastel didalam lukisannya.

Karya yang berikut ialah karya Ho Yit Chien yang berumur 9 tahun bidang mengambar dan teknik lukisan. Adik Ho mengunakan garisan yang mudah dan halus untuk melukis secara berhati-hati. Terdapat juga pengunaan garisan tebal yang menunjukkan kekuatan pada garisan bangunan di belakang figura manuisa. Adik Lai juga mahir mengunakan garisan bagi menghasilkan rupa dan seterusnya menghasilkan ekspresi pada figura manusia di dalam lukisannya. Terdapat juga penghasilan rupa geometri iaitu pada lukisan objek tingkap. Pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Terdapat juga warna kontra dimana pada tulisan diatas papan hijau, warna kuning digunakan diatas latar warna hijau. Warna sewarna juga digunakan pada lukisan objek burung. . Pengunaan ruang pula merupakan ruang yang mendatar dimana kesemua gambar melalui satu garis satah semua objek dilukis didalam lingkungan garisan tersebut. Warna gelap menonjol dari latar cerah dan ton warna dari gelap ke cerah kelihatan menonjol keluar. Karya adik Ho menunjukkan suasana riang ketika di dalam kelas bersama-sama rakan-rakannya. Mereka mengadakan majlis dan mereka semua berasa gembira serta menyanyikan lagu secara beramai-ramai. Adik Ho juga mengunakan oil pastel bagi menghasilkan karyanya.





PERINGKAT AWAL REALISM (9-12 tahun) (The Gang Age)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat. Dan kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya dan sama jantina. Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. Cara melebih-lebihkan (exegeration) tidak lagi dilakukan Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Kefahaman ruang digambarkan melalui kesan tindan-tindih objek. Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah, tetapi memahami garis horizon di mana, objek banyak bertumpu di bahagian bawah (tanah). Kadar banding (propotion) pada lukisan orang, dilakukan secara naturalistik. Mengunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek.Hijau untuk pokok,biru untuk langit,kuning untuk tanah dan sebagainya. Dan memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka.

Antara contoh bagi bagi peringkat ini ialah, adik Sherron Tan berumur 11 tahun bidang mengambar dan teknik resis dengan karyanya. Adik Sherron mengunakan garisan yang halus bagi menghasilkan rupa dan bentuk. Garisan yang digunakan menghasilkan rupa organik. Akan tetapi kedudukan anggota tubuh badan figura masil belum menampakkan kedudukan anggota tubuh yang betul dimana tangan dilukis di tepi kepala. Begitu juga dengan proportion tubuh badan dengan kepala yang masih tidak seimbang. Pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Warna yang digunakan juga menimbulkan ilusi ruang. Dari segi ruangan pula, ruang yang dihasilkan merupakan ruang mendatar dengan satu satah garisan dengan semua objek melaluinya. Adik Sherron menggambarkan situasi ketika bersama kawan-kawannya dan betapa seronoknya mereka. Penggunaan simbol hati juga menunjukkan betapa adik Sherron sayangkan kawan-kawannya. Lukisan figura budak perempuan ditengah-tengah kertas lukisan merupakan adik Sherron sendiri, dimana menunjukkan bahawa dia inginkan perhatian. Adik Sherron mengunakan oil pastel dan pen dakwat cair untuk menghasilakn karya ini.

Yang seterusnya ialah adik Chong Wan Xin berumur 11 tahun bidang mengambar dan teknik lukisan. Garisan yang digunakan oleh adik Chong bagi menhasilkan lukisannya ialah garisan halus dan juga garisan tebal. Garisan tebal yang digunakan bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis didalam garisan tersebut. . Pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Terdapat juga warna kontra dimana warna cerah seperti merah diletak di hadapan latar berwarna gelap. Warna latar yang gelap juga menghasilkan ilusi ruang. Apabila warna yang kontra diletakkan bersama, tindakan positif warna terhasil. Ini dapat menghasilkan kesan atau impak kepada orang yang melihatnya. Ruang yang digunakan juga merupakan ruang mendatar kerana lukisan adik Chong lebih kepada bersifat dekoratif. Warna gelap yang dijadikan sebagai latar menonjolkan warna yang lebih cerah. Adik Chong menggambarkan dia ingin mencontohi abangnya yang telah berjaya dengan belajar bersungguh-sungguh dan menginginkan penghargaan dari ibunya. Adik Chong juga mengunakan simbol hati yang menunjukkan kasih sayangnya kepada ibunya. Adik Chong mengunakan warna air dan lilin bagi mengunakan teknik resis dalam karyanya.

Berikutnya pula ialah adik Ho Teck Sang yang berumur 11 tahun bidang mengambar dan teknik lukisan. Adik Ho mengunakan garisan halus, melintang, menegak dan beralun. Garisan beralun digunakan untuk menghasilkan rupa bendera. Dengan itu, benderaan berkenaan seperti sedang beralun dan terdapat pergerakan. Pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Terdapat juga warna kontra dimana warna yang cerah diletak di hadapan latar yang berwarna gelap. Adik Ho juga mengunakan warna untuk membentuk sesuatu seperti bunga api dengan warna panas di tengah dan warna sejuk diluar, ianya seperti membentuk satu pancaran. Susunan warna harmoni juga menghasilkan suasana selesa, menarik, dan seimbang. Malahan susunan warna yang berbeza menimbulkan kesan tindakan warna positif. Didalam lukisan ini terdapat penggunaan ruang cetek. Malah pengunaan warna yang mempunyai nilai ton tinggi dan rendah memberikan ilusi pengunaan ruang. Dimana objek yang cerah berada dihadapan dan ojek yang gelap di belakang. Adik Ho menggambarkan suasana ketika majlis keraian diadakan dimana semua saudara-mara pulang ke rumah dan bergotong-royong membantu menjayakan majlis tersebut. Malah setiap figura manusia mempunyai ekspresi muka yang riang menunjukkan situasi tersebut menyeronokkan dan adik Ho tidak dapat melupakan peristiwa tersebut. Adik Ho menggunakan oil pastel untuk menghasilakn karya tersebut.

Yang berikutnya ialah adik Yap Chia Cheng, berumur 12 tahun bidang mengambar dan teknik lukisan. Adik Yap mengunakan garisan halus dan tebal serta beralun. Garisan beralun digunakan bagi menghasilakan rupa awan. Garisan tebal yang digunakan bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis didalam garisan tersebut. Pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna sejuk yang digunakan menimbulkan suasana harmoni, aman, dan tenang. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Terdapat juga warna kontra dimana warna jingga digunakan dengan warna biru. Warna kontra yang digunakan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya. Warna yang lebih pekat digunakan diatas warna latar yang lembut menimbulkan ilusi ruang. Ini juga menimbulkan kesan positif warna. . Dari segi ruangan pula, ruang yang dihasilkan merupakan ruang mendatar dengan satu satah garisan dengan semua objek melaluinya. Adik Yap menggambarkan didalam karyanya ketika dia berada dengan orang yang paling disayangi iaitu ayahnya. Situasi menunjukkan dia menghabiskan masa bersama ayahnya dan dia menghadiahkan sesuatu bagi menghargai jasa baik ayah. Bagi menghasilkan karya ini, adik Yap mengunakan kertas lukisan dan oil pastel.


Kanak-kanak pada peringkat ini memerlukan ransangan dari segi pemikiran mereka dengan memberikan banyak bahan bacaan bercerita, menonton filem tentang haiwan, manusia dan sebagainya. Khayalan dan kepercayaan mereka tentang sesuatu memainkan peranan penting diperingkat usia ini Mereka juga perlu diberikan perhatian terhadap karya mereka agar mereka merasakan kehebatan keupayaan mereka dan dirinya dihargai.dan Mereka juga perlu bimbingan supaya mereka ini dapat berfikir hingga ke satu titik mula di mana mereka boleh berfikir dan bertindak secara berdikari. Serta jangan keterlaluan mengkritik kerja dan tindakan mereka kerana kesilapan itu juga merupakan proses pembelajaran

KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS

Melukis sebagai Medium Komunikasi. Disini melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial.Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui lukisan, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri pengunaan warna didalam lukisan mengambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan keamanan dan kedinginan. Melukis juga dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai. Malahan, sewaktu aktiviti melukis, terdapat perhubungan antara rakan-rakan dalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk

Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal. Semakin tinggi tahap perkembangan diri kanak-kanak, semakin penguasaan dalam menghasilkan sesuatu karya dengan mempelbagaikan teknik dan bahan yang digunakan. Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata

Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses
penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam











Bibliografi

http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm

http://cikguani.blogspot.com/

http://www.scribd.com/doc/22320213/Pengutaraan-Tampak-Kanak-kanak

http://www.slideshare.net/syireen/tokoh-lowenfeldhurwitzday

http://unitpsvipba.blogspot.com/

http://psvisual.wordpress.com/

http://senivisual1.blogspot.com/p/blog-psv.html

http://rmc.upsi.edu.my/v2/ewacana/Asas%20Seni%20Visual.htm

http://senivisual2.blogspot.com/2010/03/banyak-buku-buku-rujukan-pendidikan.html

No comments:

Post a Comment