Thursday, January 13, 2011

Contoh kertas kerja projek

KERTAS KERJA PROJEK TANAMAN HIDROPONIK


1.TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dimajukan adalah untuk memohon peruntukan kewangan untuk membiayai projek Tanaman Hidroponik.


2.OBJEKTIF

Projek ini dijalankan dan diusahakan bagi mencapai beberapa objektif seperti berikut;

2.1 menaikkakn taraf sosioekonomi dan meningkatkan pendapatan selain memaksimumkan keuntungan yang akan diperolehi.

2.2 Menggunakan ruang yang ada semaksima mungkin

2.3 sebagai tanda sokongan kepada usaha kerajaan dalam meningkatkan sumber makanan Negara

2.4 Melahirkan petani moden yang lebih berdaya maju seiring dengan teknologi terkini.

2.5 Untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti dengan kuantiti yang maksima


3.PROJEK

3.1 Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.

3.2 Hidroponik mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem pananaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut :

a) sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk pananaman secara biasa seperti tanah berasid

b) sayur-sayuran cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang lebih berkualiti

c) bersih dan bebas dari sebarang racun mahkluk perosak

d) tidak perlu merumpai, menyiram, dan menyangkul

e) penggunaan air dan baja yang terkawal dan efiesen

f) pulangan hasil yang lebih tinggi


4.MAKLUMAT PENGUSAHA DAN SENARAI RINGKAS TUGAS

NAMA :

NO K/P :

ALAMAT :

NO TELEFON :



5.PASARAN

A: POTENSI / PASARAN

  • Produk pertanian adalah pasaran semasa, maka ianya adalah pasaran semasa


  • Hasil pertanian akan diedarkan di kedai- kedai runcit sekitar kawasan perumahan/perkampungan selain memenuhi permintaan penduduk setempat


  • Juga turut akan dipasarkan di pasaraya- pasaraya sekitar



6.PERALATAN/ PERKAKASAN

Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan yang agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa.



A : PAM AIR UNTUK AKUARIUM

  1. Tempat tanaman
  • Diperbuat dengan paip PVC, dulang plastic dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi yang perlu di alas dengan kepingan plastic yang tebal

ii) Takung tanaman (kaedah takungan)

  • Penutup diperbuat daripada polistrin plastic

iii) Tangki untuk larutan nutrient

iv) Tenaga elektrik

v) Pasu plastik kecil


B : BAJA



C: KOS



7.PENUTUP

Bantuan peralatan bagi tanaman hidroponik amat kami harapkan untuk memperkembangkan kaedah pertanian ini. Dengan adanya kemudahan peralatan ini, pengeluaran akan dapat ditingkatkan selain mengubah kaedah penanaman yang sedia ada, secara tidak langsung dapat menambahkan bilangan petani –petani moden.





No comments:

Post a Comment

Post a Comment